Kena tindih hantu ketika tidur, doktor jelas itu sebenarnya sleep paralysis. Sedar tapi tak mampu gerak. Sejak dulu lagi, ramai percaya akan kewujudan makhluk halus. Asal sakit dan sudah ke doktor perubatan tapi masih belum sembuh, ramai mengaitkannya dengan ilmu mistik.
Ya, alam jin itu wujud dan tertulis dalam Al-Quran surah Al-Jinn. Namun bukan semua hal khianat terjadi berkait dengan makhluk halus. Mungkin sekadar imaginasi kita sahaja atau mendengar cerita-cerita orang lalu kita meletakkan situasi diri kita di tempat yang sama.