Antara salah satu cabaran menjadi seorang selebriti adalah ketika mereka harus menghadapi pelbagai ragam peminat ketika berada di tempat umum. Lebih lagi, jika selebriti itu merupakan seorang idola K-Pop yang mempunyai peminat ‘sasaeng’, di mana mereka sangat terkenal dengan perangai yang suka melanggar dan berperilaku di luar batasan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial, seorang anggota kumpulan RIIZE, Wonbin atau nama sebenar Park Wonbin (22) sedang berjalan seorang diri. Namun, salah seorang daripada peminat yang berada di situ telah mengikuti dan merakam Wonbin dalam jarak sangat dekat.