SHAH ALAM – Kerajaan perlu meningkatkan kesedaran dan integriti dalam kalangan masyarakat menerusi pendidikan dan kempen pembentukan nilai moral sejak di usia awal persekolahan.
Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib berkata, mereka perlu sedar bahawa rasuah merupakan musuh utama negara.