KUALA LUMPUR – Empat daripada lima ekor kucing yang ditemui mati dalam kampus Universiti Malaya (UM) di sini disahkan akibat serangan binatang liar dan tiada unsur penderaan manusia.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, polis menerima lima laporan berhubung penemuan lima bangkai kucing masing-masing pada 17, 20, 21 dan 25 Disember lalu dan laporan terbaharu diterima pada 2 Januari.