< Kembali

Kemaskini Samsung One UI 7 Mula Diterima Pengguna Malaysia

Teknologi
AMANZ
22 Hari

Kemas kini One UI 7 yang membawakan Android 15 pada peranti Samsung telah dimulakan semula di peringkat global selepas dihentikan seminggu lalu. Tindakan menghentikan semula dilakukan Samsung selepas pengguna di Korea Selatan melaporkan isu peranti tidak boleh dinyahkunci selepas kemas kini dilakukan.

Pemilik siri Galaxy S24, Z Fold6 dan Z Flip6 global mula melaporkan peranti mereka kini boleh memuat turun One UI 7 bermula hari ini. Di Malaysia pemilik ketiga-tiga peranti juga melaporkan perkara yang sama. Saiz muat turun One UI 7 pada Z Fold6 misalnya ialah sebesar 5658 MB dan boleh dilakukan secara OTA. Mengikut jadual asal One UI 7 sepatutnya diterima pengguna Malaysia pada 14 April lalu.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI