< Kembali

Kemas & Mewahnya Dapur SHEILA RUSLY, Memang Idaman Suri Rumah Ni!

Gaya Hidup
NONA
1621 Hari

Nama Sheila Rusly sememangnya terkenal dalam industri seni tanah air. Selain mempunyai syarikat produksi sendiri, wanita berjiwa kreatif ini juga berbakat besar dalam lakonan. Tidak hanya menambat hati penonton dengan kejayaannya membintangi pelbagai watak bahkan Sheila juga meraih perhatian ramai ketika mengacarakan program masakan popular, Ketuk-Ketuk Ramadan. Pendek kata, memang versatil orangnya Sheila Rusly ini sebab hebat berlakon, mengarah drama dan pandai memasak.

Tidak hairanlah, pelakon berusia 49 tahun ini sering menjadi buruan jenama masakan Maggi. Kalau intai media sosial Sheila Rusly memang rajin ibu dua anak ini menyediakan hidangan untuk keluarga. Kecur tengok juadah masakan anak seni ini. Macam-macam menu ada dan kebanyakannya ialah sajian tradisi Melayu. Sheila juga dilihat kerap meluangkan masa di ruang dapur dan mengajak kenalan rapat untuk menjamu selera di rumah agamnya dan suami, Jinggo.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan