KEMAMAN – Hujan lebat berterusan sejak Jumaat menyebabkan kawasan di Kemaman dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah tersebut.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 16 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Geliga Pantai.