KUALA LUMPUR – Keluarga kepada Pamela Ling Yueh, 42, yang dilaporkan hilang sejak 9 April lalu, masih menanti sebarang perkembangan berhubung kehilangan wanita itu.
Bapanya, Ling Kie Yii, 65, berkata, setakat ini mereka tidak menerima sebarang panggilan atau permintaan wang tebusan daripada mana-mana pihak.