KUALA LUMPUR – Suasana suram menyelubungi Masjid Negara di sini pada Selasa dengan orang ramai mula hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia petang Isnin.
Ahli keluarga, ahli politik dan kenalan rapat yang hadir dibenarkan memasuki ruang masjid secara berperingkat untuk memberikan penghormatan terakhir bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari.