BALIK PULAU – Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya di Bayan Lepas di sini pada Jumaat, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan pihaknya.