KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menjadi keldai akaun dengan menyerahkan akaun bank kepada pihak lain khususnya sindiket penipuan dalam talian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa, sebanyak 39,006 akaun dikenal pasti digunakan sebagai keldai akaun sejak awal tahun hingga Isnin, dengan lebih 10,000 pemilik akaun sudah dituduh di mahkamah.