KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menambah bantuan kewangan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menaik taraf dan menyelenggara taman rekreasi serta tempat menarik di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, tahun ini sebanyak RM41 juta diperuntukkan untuk tujuan itu berbanding RM28.6 juta tahun lalu.