KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menafikan pihaknya menerima peruntukan RM20 juta untuk mereka bentuk, membina dan menyiapkan pam mudah alih di Kemubu dan di Lemal sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kesemua peruntukan itu disalurkan terus kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan tidak melalui kerajaan negeri.