KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menggazetkan 400 hektar tanah di Lojing, Gua Musang sejak 13 tahun lalu untuk tujuan pemuliharaan Rafflesia atau bunga Pakma sebagai pemangkin kepada industri ekopelancongan yang semakin berkembang di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, terdapat tiga spesies Rafflesia ditemui di kawasan tersebut iaitu kerri, cantleyi dan sumeiae.