PUTRAJAYA – Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan 11.5 peratus iaitu 93,500 kelahiran pada suku pertama tahun ini berbanding 105,613 kelahiran pada tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam laporan Perangkaan Demografi yang dikeluarkan pada Rabu.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 48,124 kelahiran berbanding 45,376 kelahiran, dengan nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.