KUALA LUMPUR – Kekurangan guru opsyen Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) terlatih bukan penghalang untuk membuka kelas pendidikan khas di sekolah yang memerlukan kerana ia boleh diisi dengan guru bukan opsyen pendidikan khas sedia ada.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, guru bukan opsyen pendidikan khas itu akan diberikan kursus pendedahan pendidikan khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selama tiga hari bagi mendapat kelayakan mengajar murid di kelas PPKI.