Banyak pilihan kek, tapi kek coklat antara yang menjadi kegemaran semua. Bukan kanak-kanak je, orang dewasa pun menyukainya. Tapi nak dapat kek yang lembut ada ketikanya susah juga. Sebab ada macam-macam versi.
Kali ini resipi kek coklat moist kukus yang semuanya di blend sahaja gerenti sedap. Tak perlu buat topping pun. Makan macam tu pun dah sedap sangat-sangat. Resipi dikongsikan Noriza Awang Hamat bolehlah anda cuba.