KUALA TERENGGANU – Lelaki orang kurang upaya (OKU), Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mewakilkan Setiausaha Politiknya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin untuk melawat keluarga lelaki berusia 47 tahun yang menetap di Kemaman itu, di kediaman saudara mereka di Kuala Ibai, dekat sini pada Isnin.