SHAH ALAM – Peguam, Sangeet Kaur Deo mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sama ada agensi antirasuah itu telah memfailkan laporan orang hilang berikutan ketidakhadiran Pamela Ling Yueh untuk memberi kenyataan serta kegagalan menghubunginya.
Sangeet, yang mewakili keluarga Pamela, turut mempersoalkan sama ada SPRM telah segera memaklumkan kepada pihak polis bahawa wanita itu sedang memberikan kerjasama dalam usaha membanteras rasuah berhubung siasatan pengubahan wang haram.