KUALA LUMPUR – Kegiatan pelacuran melibatkan warga asing yang berselindung di sebalik sebuah hotel bajet dekat Bukit Bintang di sini terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas risikan dan maklumat mendapati berlaku kegiatan pelacuran di lokasi berkenaan.