ABU DHABI – Kedudukan unik Malaysia membantu negara merangka dasar ekonomi yang komprehensif dan mampan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, Malaysia beruntung kerana stabil dari segi politik walaupun mempunyai rakyat yang berbilang budaya, agama dan bangsa, serta mungkin menjadi satu daripada negara paling aman di rantau ini dan antara ekonomi yang berkembang pesat di dunia.