NILAI – Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Pengarah urusan syarikat berkenaan, J Rajesh, 40-an berkata, dia mengetahui kedainya terbakar selepas dihubungi oleh pengawal keselamatan bertugas.