ALOR SETAR – Kedah merekodkan jumlah pelaburan antara yang tertinggi dalam negara berjumlah RM28.7 bilion pada 2023.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, prestasi ekonomi Kedah pada tahun 2022 berada pada tahap memberangsangkan dengan merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 7.2 peratus.