SEPANG – Pasukan bomba sedang giat mengenal pasti bahan kimia yang bocor di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Khamis.
Tinjauan Bernama mendapati pusat operasi telah dibuka sebagai kawalan risiko dengan beberapa jalan menuju ke tempat lokasi ditutup kepada orang awam.