SHAH ALAM – Kerajaan negeri mengambil serius teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang prihatin terhadap isu kebersihan sungai, longkang tersumbat serta banjir kilat di Klang.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, kerajaan negeri berusaha keras menyelesaikan isu berkenaan bagi menjaga imej Klang berstatus bandar diraja selain menjadi pintu masuk pelancong kapal pelayaran dari Pelabuhan Klang.