PUTRAJAYA – Bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia kekal stabil manakala bekalan gas terganggu di beberapa kawasan di zon tengah susulan kebakaran paip gas di Putra Heights, Selangor pada minggu lepas.
Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan insiden berkenaan turut mengakibatkan gangguan bekalan di empat stesen jana kuasa utama di Lembah Klang iaitu Stesen Janakuasa Connaught Bridge, Stesen Janakuasa Pulau Indah, Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz (KEV) dan Stesen Janakuasa Putrajaya.