KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan dan agensi berkaitan yang sedang berusaha sedaya upaya mengawal insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, turut mendoakan keselamatan semua petugas yang bertungkus lumus dalam operasi menangani kebakaran itu serta kesejahteraan penduduk yang terjejas akibat insiden tersebut.