SUBANG JAYA – Tiada individu yang terkorban seperti tersebar di media sosial dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights di sini pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihak polis tidak menerima laporan berkaitan kematian mana-mana individu dalam kejadian ini.