SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan kononnya terdapat pemberian bantuan dua darjat kepada penduduk yang terkesan susulan insiden kebocoran gas di Putra Heights, Subang Jaya.
Beliau menegaskan, bantuan yang diberikan oleh kerajaan berdasarkan kepada tahap kerosakan harta benda yang dialami oleh penduduk dan tidak ada kategori ‘dua darjat’ seperti yang didakwa.