SUBANG JAYA – Polis Selangor menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Selasa lalu, dengan menggali semula laluan paip kumbahan yang dipasang oleh sebuah syarikat kontraktor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan itu bertujuan mengenal pasti sama ada kerja-kerja korekan oleh kontraktor terbabit mempunyai kaitan dengan kejadian kebakaran berkenaan.