SHAH ALAM – Polis akan membawa pengamal media memasuki lokasi kejadian letupan dan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada Rabu minggu depan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lawatan itu bagi membolehkan pengamal media melihat sendiri kerja-kerja pengorekan tanah yang dilakukan di lokasi kejadian oleh pihak berkuasa berkaitan.