KUALA LUMPUR – Ahmad Baharudin Hamid hari ini pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Baru yang hangus terbakar bagi mencari sisa barangan yang terselamat dalam kejadian kebakaran saluran gas di Putra Heights.
Dua anaknya yang masih menuntut di universiti bakal pulang ke kampus pada minggu depan dan memerlukan pakaian serta dokumen berkaitan untuk meneruskan pengajian.