SUBANG JAYA – Akses lokasi utama kebakaran saluran paip gas di Putra Heights ditutup sepenuhnya kepada media dan orang awam atas faktor keselamatan susulan kerja penstabilan tanah yang masih berlangsung di lokasi terbabit.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, larangan itu bukan sahaja bertujuan memelihara bahan bukti, tetapi juga bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.