LOS ANGELES – Pasukan bomba dan penyelamat sedang bertungkus-lumus untuk memadamkan kebakaran hutan besar-besaran di sekitar Los Angeles yang kini dilaporkan merebak di beberapa kawasan baharu.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 16 orang disahkan terbunuh akibat kebakaran yang melanda bandar itu dan menyebabkan struktur bangunan dan kediaman hangus serta mencetuskan kegelisahan jutaan penduduk California.