PUCHONG – Bahan mudah terbakar dikenal pasti sebagai punca api marak dan merebak dengan cepat dalam kejadian kebakaran sebuah kilang kertas di Jalan Lembah Kinrara, Kampung Lembah Kinrara, di sini pada Sabtu.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I), Haswan Mohd Wasir berkata, barang-barang seperti tisu, plastik dan pinggan mangkuk menyebabkan api merebak dengan cepat.