Polis mengesahkan wujudnya kerja-kerja ekskavasi tanah kira-kira 30 meter dari lokasi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya Selasa lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan siasatan awal, aktiviti tersebut dikenal pasti sebagai sebahagian daripada projek menggantikan paip-paip kumbahan sedia ada di kawasan berkenaan.