KUCHING – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan menerima sebanyak 13,000 permohonan bagi mendapatkan taraf kewarganegaraan di Sarawak.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada jumlah itu, 5,700 permohonan telah dikeluarkan dan diberikan dokumen pengenalan diri, manakala bakinya masih dalam proses.