PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kuarters milik Kementerian Pendidikan (KPM) yang kosong di seluruh negara awal tahun depan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif berkenaan digerakkan memandangkan KPM mempunyai lebih 17,000 kuarters kosong dan ia mampu menampung keperluan kekurangan kuarters untuk anggota PDRM.