BANDAR PENAWAR – Kesemua 39 kru Kapal Diraja (KD) Pendekar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berhadapan detik mencemaskan apabila kapal itu tenggelam selepas mengalami kebocoran, dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor pada Sabtu.
Markas TLDM dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, kejadian yang berlaku ketika penugasan operasi pada jam 12 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada pelanggaran dengan objek di bawah air.