KUALA LUMPUR – Kapal Diraja (KD) Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang tenggelam pada 25 Ogos lepas akibat mengalami kebocoran dan kebanjiran besar berjaya diapungkan kembali petang semalam.
TLDM dalam kenyataan memaklumkan kapal itu diapung pada jam 4.38 petang menerusi operasi salvaj yang dapat diselesaikan meskipun berhadapan beberapa cabaran.