KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan memberi kata dua kepada syarikat Perak Transit sama ada meneruskan projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) mengikut syarat yang ditetapkan atau melepaskan tanggungjawab tersebut.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadhli Hassan, menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan menunggu lebih lama dan bersedia mengambil alih pembinaan sekiranya pemaju berkenaan masih mahu berunding mengenai syarat tambahan.