KUALA TERENGGANU – Lebih 5,000 kekosongan jawatan ditawarkan sempena Karnival Kerjaya MYFutureJOBS Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ‘Tiada Yang Terpinggir’ 2024 Negeri Terengganu di Kuala Terengganu City Centre (KTCC Mall) pada 24 hingga 25 Ogos ini.
Pengarah PERKESO Terengganu, Farihah Che Husin berkata, pihaknya turut menyediakan pelbagai jawatan kosong kepada golongan orang kurang upaya (OKU), orang asal serta golongan rentan lain sepanjang karnival itu diadakan.