SEREMBAN – Dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pulau Pinang baru-baru ini adalah perkara biasa dan tidak menjadi masalah kepada negara.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia berikutan negara berkenaan sudah mempunyai hubungan dua hala yang terjalin sejak sekian lama.