KUALA SELANGOR – Tindakan sebuah kapal kontena berlabuh tanpa kebenaran membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor pada Sabtu.
Kapal itu ditahan selepas didapati berlabuh di kedudukan kira-kira 29 batu nautika barat daya Tanjung Karang di sini pada jam 1.40 tengah hari.