GEORGE TOWN – Cubaan seorang lelaki warga Sri Lanka untuk mendapatkan pasport antarabangsa Malaysia dengan mengemukakan dokumen pengenalan diri sebagai seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun tidak kesampaian apabila tindakannya berjaya dikesan oleh pegawai imigresen bertugas.
Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, individu berkenaan hadir ke Pejabat Imigresen UTC Komtar membuat permohonan pasport Malaysia sambil ditemani seorang wanita warga tempatan yang kononnnya sebagai ibunya.