Kecoh di media sosial apabila Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi data Astronomer Andy Byron dirakam curang dengan Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikatnya sendiri di konsert Coldplay.
Video berdurasi beberapa saat itu menunjukkan mereka berpelukan mesra di tengah ribuan penonton dan kini menjadi perbualan hangat di TikTok dan X. Aksi tersebut bukan sahaja mencalar imej profesional Byron malah mengundang pelbagai spekulasi termasuk kemungkinan isterinya Megan Kerrigan Byron memfailkan perceraian dalam masa terdekat.