PASIR MAS – Kandang lembu di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand kini dipercayai menjadi transit sindiket dadah yang membuatkan pemilik kandang terdedah kepada risiko dijadikan sebagai ‘orang tengah’ sindiket.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, walaupun tiada siasatan rasmi setakat ini yang membuktikan pemilik kandang terlibat secara langsung, laporan risikan mendapati ada indikasi dadah diseludup bersama lembu atau kambing dalam rangkaian logistik kandang.