PUTRAJAYA – “Kamu ingat kamu sahaja ada penumbuk? Saya pun ada.”
Demikian luahan beremosi seorang pegawai perubatan, Dr. Nurul Filzah Ayuni Rohaizat yang terpaksa berdepan ketidakpuasan hati keluarga pesakit ketika pasukannya sedang bertarung menyelamatkan nyawa seorang ibu dan bayi kembar pramatang seberat satu kilogram di sebuah hospital daerah di Sabah.