PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, beliau amat yakin badan kehakiman di bawah pimpinannya telah membuat keputusan yang betul dan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta tanpa mengira kehangatan situasi politik yang menyelubungi beberapa kes yang didengar di mahkamah.
Dalam ucapan terakhirnya sebagai Ketua Hakim Negara pada majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025, Tengku Maimun berkata, tempoh enam tahun pentadbirannya di bawah empat Perdana Menteri – Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kini Datuk Seri Anwar Ibrahim – semuanya daripada gabungan politik berbeza.