Tumpang bahagia dengar kisah kebahagiaan pasangan romantis Dato’ Azie Sheikh Mohamed dan Riezman Khuzaimi. Mendirikan rumah tangga pada 15 Disember 2016, usia perkahwinan yang bakal mencecah tujuh tahun tersebut sarat dengan memori terindah.
Apatah lagi, Riezman yang juga pelakon kacak filem Congkak berkenaan seorang suami penyayang dan amat menghargai isteri tercinta. Bertuah Dato’ Azie!